Satu Dari 10 Imigran Miliki Bisnes

bisnes

Kajian Small Business Administration (SBA) mendapati satu dari 10 imigran di Amerika Syarikat memiliki bisnes, dan kadar ini lebih tinggi dari non-imigran.

Sekitar 20% bisnes imigran dimulakan dengan modal US$50,000 dan ke atas, dan secara purata mempunyai perolehan tahunan US$435,000 (RM1.9 juta).

Selain itu, kajian Kaufman Foundation juga menyebutkan hal yang sama; iaitu 28.5% usahawan pada tahun 2014 adalah imigran, berbanding 13.3% pada tahun 1997.

Satu per empat syarikat teknologi yang ditubuhkan pada tahun 2006 – 2012 mempunyai sekurang-kurangnya pengasas imigran.

Imigran di Amerika Syarikat berikan sumbangan besar kepada negara tersebut dengan menyediakan peluang pekerjaan (sumber: Business Insider).

The New York Times menyebutkan bisnes imigran seperti berikut:

Immigrant entrepreneurs are concentrated in professional and business services, retail, construction, educational and social services, and leisure and hospitality. They own restaurants, doctor’s offices, real-estate firms, groceries and truck-transportation services.

More of them come from Mexico than any other country, followed by Indians, Koreans, Cubans, Chinese and Vietnamese. California has the highest percentage of immigrants among small-business owners at 33 percent, followed by New York (29 percent), New Jersey (28 percent), Florida (26 percent) and Hawaii (23 percent).

Derek Cha adalah satu contoh imigran yang datang dari Korea Selatan, pada usia 12 tahun. Bapanya bekerja tukang sapu dan tukang basuh pinggan. Hari ini, Derek Cha memiliki 350 buah rangkaian bisnes SweetFrog yang menjual yogurt beku dengan perolehan tahunan US$34 juta.

Secara keseluruhan, bisnes yang dimiliki oleh imigran memperolehi jualan sekitar US$775 bilion setahun.

Potensi seseorang sebagai usahawan mula terserlah apabila dia berhijrah (sumber).

Once a new citizen is settled in, his or her potential as a business owner begins to grow. The Fiscal Policy Institute’s study shows that entrepreneurs who have been in the United States for a decade or more are “considerably more likely” to start a small business.

In fact, “Among immigrants who have been in the United States for 10 years or more, 4.4 percent own an incorporated business, compared to 3.3 percent for U.S.-born and 3.5 percent for immigrants who have been in the United States for less than 10 years.”

The Small Business Administration adds that about one in every ten foreign-born employees is a business owner, and 620 of 100,000 immigrants start a business every month.

Andrew Rainer of The Guardian writes that, in the midwest, “Even as entrepreneurial activity declined across the country during 2013, immigrants were almost twice as likely to start businesses as the US-born.”

Sebelum ini saya pernah menulis betapa kita perlu menjadi Bangsa Peneroka Pasaran Global dan Merempat Untuk Berjaya. Nah, statistik juga telah membuktikan.

Ada orang tanya saya adakah susah nak berbisnes di Amerika Syarikat. Jawapan saya mudah, Amerika Syarikat ialah ekonomi terbesar dunia. 

Di Amerika Syarikat, peluang untuk untuk imigran atau non-imigran berbisnes terbentang luas. Imigran atau non-imigran akan diterima dengan tangan terbuka sekiranya mereka patuh peraturan dan undang-undang negara tersebut; dengan memiliki visa yang sah.

Tunggu apa lagi?