Ceburi Bisnes Lelong Walau Tak Fasih Bahasa Inggeris

Angela-Founder-of-Central-Closeout

Apabila Angela Romero datang ke Amerika Syarikat pada tahun 1977, dia tidak fasih berbahasa Inggeris. Seperti kebanyakan usahawan permulaan, dia menjual kecil-kecilan, bermula dengan menjual pakaian yang dimuatkan dalam beg kepada rakan-rakan satu kuliah.

“Awalnya saya pemalu dan takut untuk bercakap dengan pembekal kerana bahasa Inggeris saya tidak bagus,” kata beliau yang berasal dari Columbia.

Kata Angela Romero lagi, dia menceburi bisnes lelong apabila rakan kongsinya setuju menerima beliau walaupun dia tidak boleh bercakap Bahasa Inggeris dengan baik.

“Kami sama-sama membangunkan bisnes, tetapi pada tahun 2010, kami berpisah. Selepas berunding, dia bersetuju memberikan saya satu nama domain dan dari situlah bisnes ini bermula,” katanya yang kini mula menguasai dan fasih berbahasa Inggeris.

Bermula dari situlah, dia membangunkan CentralCloseOut sebagai satu bisnes yang kini beroperasi dari gudang seluas 17,000 kaki persegi dan 14 orang kakitangan. Bisnes itu kini berada dalam INC5000 dengan perolehan tahunan US$4.4 juta (RM19 juta) pada tahun 2015.

CentralCloseOut yang beroperasi di Hollywood, Florida menjual barangan lelong dan 95% produk mereka dipasarkan melalui eksport. Strategi Angela Romero ialah memfokuskan kepada pasaran yang beliau mahir iaitu Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

“Oleh kerana kami bukanlah bisnes lelong terbesar dan mampu menawarkan harga paling murah, maka kami berikan perkhidmatan pelanggan terbaik.” kata Angela Romero menjelaskan strategi bisnes.