Blog

Blog ini mencatat pelbagai ragam keusahawanan. Ada tips, ada motivasi dan ada catatan anekdot.

Blog ini adalah catatan masa lapang NOBISHA dan ia tidak ada kaitan dengan tugas rasminya. Ah, adalah sikit, tetapi bukanlah tugasan hakiki.

Melalui blog ini, beliau berkongsi ilmu. Sekiranya ada sedikit kebaikan, ia diharapkan dapat menjadi “ilmu yang dimanfaatkan” seperti yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadis Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Kata NOBISHA, semakin banyak berkongsi ilmu, semakin bertambah ilmu kita.

Bagaimana?

Kita perlukan ilmu baru untuk kita berkongsi ilmu. Maka, kita banyak belajar dari orang lain. Kita banyak membaca. Dengan demikian, ilmu kita bertambah.

Blog ini tidak lebih dari sekadar satu wadah mencari pahala. Apa saja kebaikan yang lahir dari sini, pahalanya mengalir apabila kita tiada lagi di atas muka bumi ini.