Idealisme

Manusia berjiwa kecil berbicara mengenai orang lain.

Manusia berjiwa sederhana bercakap mengenai diri sendiri.

Manusia berjiwa besar berbicara soal idea dan masa depan.

Blog ini mahu berbicara soal idea dan masa depan. Di sini bukan tempat kita bercakap mengenai orang lain, apatah lagi yang tidak ada kena mengena dengan kita.

Usah kita jadikan media sosial sebagai rumah ratapan.

Betul, kita ada banyak kekurangan. Kita kekurangan modal. Kita kekurangan ilmu. Kita kekurangan networking. Kita kekurangan pengalaman.

Namun, di sini bukan tempat kita meratapi nasib. Allah swt berikan kita akal. Maka, manfaatkanlah ia untuk membina masa depan yang gemilang.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri merek.a” (Ar-Ra’ad, ayat 11)

Alahai, sekarang ramai orang mahu mengubah orang lain, tidak ramai mahu mengubah diri sendiri!