Penulis

image

“Politikawan dan usahawan tidak banyak perbezaan,” kata NOBISHA atau nama penuhnya, Norizan Bin Sharif.

Beliau menambah, “Kedua-duanya memerlukan mereka yang berjiwa cekal, tidak mudah mengalah dan yakin dengan masa depan.”

Politik dan bisnes bukan untuk orang yang lemah semangat.

NOBISHA sebelum ini menganalisis isu-isu sosio-politik di media arus perdana, termasuklah di Astro Awani, RTM dan TV3.

Pelajar Sains Pentadbiran dari Universiti Teknologi Mara dan University of North Carolina at Charlotte, USA mempunyai minta yang tinggi dalam bidang keusahawanan. Sekarang beliau merupakan Pengarah Eksekutif, Institut Keusahawanan Negara.

“Pengalaman selama lima tahun bergelumang dengan usahawan pelbagai peringkat membolehkan saya melihat dunia ini secara dekat,” kata beliau.

NOBISHA juga mempunyai lebih 30 tahun pengalaman berkhidmat dalam sektor awam dan swasta. Dalam NGO, beliau pernah menjadi Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Committee for Asean Youth Cooperation dan Majlis Belia Asia.

Secara peribadi, NOBISHA berhasrat untuk facilitate bisnes kecil menerokai pasaran global. Beliau sering mengembara ke Amerika Syarikat dan melihat potensi yang besar untuk usahawan Malaysia.

“Saya mahu buktikan bahawa eksport bukanlah big players games!” kata beliau.